Friday, February 19, 2010

FIZA, KEDAH.

Semasa mengandungkan anak pertama, saya mengalami alahan yang teruk sehinggakan pernah dimasukkan ke ICU. Semasa di ICU, tangan saya telah di'drip'kan dengan beberapa botol air. Setelah kembali sihat, saya dibenarkan pulang ke rumah dan menjalani kehidupan seperti biasa. Pada suatu hari, saya perasan yang ibu jari tangan kanan saya (tangan yang di'drip') bengkok dan tak dapat diluruskan. Saya cuba berurut dengan harapan ia akan kembali normal tetapi tidak member sebarang kesan. Saya diperkenalkan kepada MINYAK TRADISIONAL MELAYU ini dan ingin sekali mencubanya. Pada mulanya, Tauke Minyak syorkan saya sapukan ke seluruh badan selama 3 hingga 5 hari. Kemudian sapukan dari bahu turun ke ibu jari tangan kanan tersebut. 3 hari yang pertama, seluruh badan saya menjadi lenguh. Saya hubungi Tauke Minyak dan memberitahu tentang masalah lenguh badan yang saya hadapi setelah menggunakan MINYAK TRADISIONAL MELAYU. Tauke Minyak meminta saya supaya meneruskan menyapu minyak ini mengikut kaedah yang telah diberikan dan alhamdulillah lenguh-lenguh sudah hilang dan apa yang memeranjatkan saya, ibu jari tangan kanan saya sudah boleh diluruskan tanpa sebarang rasa sakit. MINYAK TRADISIONAL MELAYU memang mujarab.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online