Saturday, February 20, 2010

TESTIMONIAL

SEMBELIT - PENGALAMAN SENDIRI

Anak saya berusia 1 tahun 7 bulan dan mengalami masalah sembelit sejak berusia 1 tahun. Setiap kali dia nak membuang air besar, dia akan menangis kesakitan, terketar-ketar badan nak meneran supaya najis keluar. Sampai berpeluh-peluh dia ketika itu. Saya dan isteri sudah mencuba pelbagai jenis susu kerana khuatirkan anak saya tidak sesuai dengan susu yang diminumnya. Selain itu, kami juga berikhtiar dengan ubat-ubat dari hospital, farmasi, klinik dan lain-lain lagi. Tapi usaha kami tidak memberi membuahkan sebarang hasil. Sehinggalah bapa mertua saya memperkenalkan MINYAK TRADISIONAL MELAYU kepada kami dan menyuruh kami sapukan pada perut dan betis anak setiap kali lepas mandi. Dan sejak itu, alhamdulillah masalah kesukaran membuang air besarnya sudah tiada lagi. Sejak itu saya memilih untuk berkongsi khasiat MINYAK TRADISIONAL MELAYU ini dengan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan.

-Tauke Minyak-

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online